Monday, March 14, 2016

Inilah 12 Perbuatan Seorang Isteri Kepada Suami Yang Menyebabkan Masuk Neraka..

Leave a Comment

Sesungguhnya wanita itu begitu mudah masuk syurga yaitu dengan taat pada ALLAH dan Rasul-NYA, serta taat pada suaminya dalam kebaikan.

Begitupun sebaliknya, wanita pun begitu mudah masuk neraka sehingga penghuni terbanyak di neraka adalah kaum wanita, dan salah satu dosa yang banyak menjerumuskan kaum wanita ke dalam neraka..

Salah satunya karena banyak berbuat dosa pada suaminya, karena bagi seorang istri maka Ridha ALLAH salah satunya ada pada suaminya..

Dan murka ALLAH pun salah satunya ada pada suami, dan di antara dosanya pada suaminya :

1.ia tidak taat pada suaminya dalam kebaikan, sehingga ALLAH pun tidak Ridha padanya..

2. sering menyakitinya baik dengan sikap, perbuatan atau dengan ucapan..

3. kurang bersyukur atau kurang berterima kasih, dan banyak menuntut apa yang tidak sanggup diberikan oleh suaminya..

4. Tidak amanah dalam menjaga dan mengelola harta suaminya..

5. Tidak menjaga kehormatan dan aurat dirinya..

6. Tidak mau melaksanakan kewajibannya terhadap suaminya..

7. Pergi keluar rumah tanpa izin suaminya..

8. Membuka rahsia suami isteri yang harusnya ditutupinya..

9. Menolak berhubungan suami isteri Padahal tidak ada larangan syariat di dalamnya..

10. Mengatakan tiada sedikitpun kebaikan pada suaminya, padahal banyak kebaikan yang dilakukan oleh suaminya, sehingga hapuslah pahalanya..
11. Menghasut suami agar tidak menjaga, tidak menghormati ibu bapa dan mengabaikan ibu bapa

12.Tidak menjalankan amanah yang di beri suami menjaga ibu bapa , menjaga makan minum 

rasanya kamu boleh fikir selebihnya, jadi kepada isteri pastikan kamu tak seperti itu ,laksanakan tanggungjawab dan begitu juga untuk kaum adam, lakukan tanggungjawab dengan baik sebagai suami.
Read More...

Allahuakhbar... kekuasaan Allah tidak terjangkau akal manusia.. Senaskah Surah Yassin Tidak Dijilat Api

Leave a Comment

Senaskah Surah Yassin Tidak Dijilat Api (4 Gambar) | Kadangkala kebesaran Allah SWT dipertunjukkan menerusi cara yang tidak terduga.

Misalnya menerusi gambar yang dikongsikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkenaan senaskhah surah Yaasin didapati masih elok dan tidak terjejas walaupun objek sekelilingnya telah hangus akibat kebakaran.


Kejadian menginsafkan yang boleh dijadikan renungan bersama ini berlaku di Kg Melayu Panchor, Muar, Johor kira-kira jam 11.56 pagi semalam.


P/s : Allahuakhbar... kekuasaan Allah tidak terjangkau akal manusia..

View the original article here
Read More...

Sunday, March 13, 2016

KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG KE LANGIT.

Leave a Comment

Sebuah kisah diceritakan bahawa seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba dia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit.
Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang wali Allah atau ulama atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah.
Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokan harinya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani beberapa orang kampung.
Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.
Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani biasa saja.
Bukan seorang alim, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru al-Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran.
Akhirnya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya.
Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya al-Qur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Dia akan duduk dan membelek al-Qur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta al-Qur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Qur’an itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi.
Tambah isteri simati lagi, dia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu ini. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini ya Allah.”
“Wahai Qalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu.“
“Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Allah diakhirat nanti”.
Lelaki itu meminta untuk melihat al-Quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila dia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.
Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh al-Qur’an. Dia sangat mengasihi kalimah-kalimah Allah itu dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Allah dengan seluruh jiwa dan raganya.
Marilah kita menghidupkan al-Quran di dalam masjid kita, didalam rumah kita, di dalam diri kita, setiap masa dan ruangkan masa setiap hari untuk membaca dan fahami isi-isinya.
Share kan cerita ini supaya kebaikan daripadanya dapat dimanfaat kepada kita semua.
Memuliakan al-Quran sahaja sudah mendapat syafaat inikan pula kita belajar baca dgn betul dan mengamalkannya. Subhanallah!
Read More...